Saturday, July 23

Mak Cik & Cheese Cake Pasar Malam


     Pada satu hari ada sorang makcik (nama langsung tidak diketahui) pergi ke pasar tamu Papar. Masa dah menunjukkan pukul 11 malam. So pasar tu pun dah lenggang lah. Makcik ni pun satu, adekah dating pasar time macam ni.  Rupanya-rupanya jam makcik tu rosak. Ingatnya jam 6 msih. Apedaa..tapi dengan hati yang beriman makcik tu pun teruskan lah perjalanannya ke pasar tu walaupun hampir kesemua gerai sudah tutup. Setelah 10 minit mengembara, menjelajah, menerokai pasar tu..makcik tu sedih kerana takde satu gerai pun yang bukak. Makcik tu pun berjalan pulang dengan muka yang pasrah, kecewa, hampa macam orang baru putus cinta .. But di penghujung pasar tu makcik ternampak satu cahaya malap-malap, kelihatan ada sebuah gerai yang masih beroperasi. Makcik tu pun menadah tangan dan berkata dengan sekuat jantungnya, "Ya Tuhan, engkau masih sayangkan aku..!!!!!!!!" sehingga mengejutkan anjing-anjing yang sedang tidur brhampiran. Makcik tu apa lagi..larilah beliau menuju ke gerai tersebut tanpa mempedulikan bhawa beliau sedang memakai kain pelikat serta kasut tumit tinggi (what a bad combination)..sesampainya dia di gerai yang menjual kek tersebut dengan keadaan tercungap-cungap sehingga menakutkan peniaga tersebut. Lalu terjadilah perbualan ni..

Makcik : Assalamualaikum..!
Peniaga : Waalaikumsalam..makcik dari mana ni?? Macam baru balik dari jogging jer?
Makcik : Jogging kepala otak kau malam-malam gini ko gila? By the way, apa yang kau jual ni haa?
Peniaga : Uisseh, speaking jugak makcik nie yer. I'm selling cheesecake don't you see it old man ?
Makcik : Kuang ajo..aku nie bukan old man tapi old lady, klu muda young lady, klu gila Lady Gaga,
ada paham?
Peniaga : Ciss..! Makcik jan main-main, Lady Gaga tu artis pujaan sya tau, saya ada semua lagu dia dari Hot 'N Cold ke yang terbaru nie , E.T ..saya suka sangat muka dia jadi alien tu , cantek you..oww..! eh..ehemm..terkeluar tajuk lah plak..ehmm..makcik nak beli ker tak nie??
Makcik : Ek'eleh..tu bukan Lady Gaga, tu Katy Pari larh..ehm..berapa harga nya cheesecake nie?
Peniaga : Tak mahal makcik..RM40 jak..
Makcik : Gila kau tak mahal..! Bagus lagi aku beli KFC..!
Peniaga : Ok larh tu makcik..mahal tau saya buat nie. Ramuan semua import-import belaka. Takde satu pun buatan, blender yang saya guna untuk buat kek nie pun buatan Zimbabwe tau.?
Makcik : Ishh..patriotik beno kau nie..tapi tak buleh kurang ker?
Peniaga : Oklah..sebab makcik cantek macam Madonna punya kucing, I kasi U 35 ringgit jer..
Makcik : Ishh..janlah pnggil makcik I,U,I,U..malu I tau.. (sambil buat pergerakan manja)
Peniaga : Adoii..aku santau jgak makcik ni karang . Makcik nak ke tak nak?
Makcik : Kasi murah larh lagi..
Peniaga : Okay, RM34 ringgit ..
Makcik : Murah lagi.
Peniaga : Cam nil lah, Makcik beli cheese cake ni then saya bagi free album Justin Bieber yang baru.
Makcik : Sorilah, makcik hanya minat artis lelaki.
Peniaga : Arrrhh....!Makcik tak nak beli ker..?! Saya dah nak balik nie...!
Makcik : Bagi RM30.
Peniaga : RM33.
Makcik : RM30.!
Peniaga : RM32.
Makcik : RM30..!
Peniaga : RM31..
Makcik : RM 30 jgak..ko nak duit ke tak..?
Peniaga : (Sambil menangis)..yer larh makcik..RM30 jer lah..rugi aku..mati lah aku kena marah ngan bini aku nanti..bha..cepat bayar RM30..isk.isk
(Makcik tu pun membayar dengan not RM50...)
Peniaga : Eehh..makcik..tak nak baki nyer ker?
Makcik : Takpelah..you can keep the change..
Peniaga : @#$%??!

0 comments!:

Post a Comment